Monday, July 11, 2016

Tatkala Dulu

dulu,
kukira dengan mencaci hina dadah
lalu menghancurkan persahabatan,
adalah derita yang paling berbisa..

dulu,
ku ingatkan.. kepergian rakan akrab
bertemu barzakhnya sendiri
adalah perit yang tidak terkawal..

dulu,
kupikir.. di duga fitnah kata orang
adalah kebencian yang mampu
menggelapkan masa depan..

dulu,
ku anggap dengan dicintai lalu
ditinggalkan tiba tiba tanpa sebutir kata,
adalah dunia menunjukkan kekejamannya..

aku silap.
interpretasi yang salah!

ternyata,
berjauhan dengan mereka yang ada waktu aku tunduk longlai
tatkala ku tau kekuatan itu
adalah mereka..
jelas,
kini..
jarak jauh ini adalah sepi yang
benar meruntun jiwa.

mereka --



Rencana Tuhan



2016,Julai 11-twu


Jurang antara ego dan rindu, 
adalah rencana tuhan yang terindah episodnya. 
Kerna ajal belum merampas kesempatan buat kau dan aku,
atas takdir Nya, kita bersua setelah lebih dua empat purnama..

Sebagaimana hati ku menjadi debu
bila waktu dulu kau aku 
di uji di belenggu.
dimulai bertemu di utara,
amarah dan kecewa
buat kau berada di selatan
aku lari ke barat,
sedang kini..kita berselisih di ufuk timur.

tapi yang lalu biar berlalu,
maka pinggirkan saja duka itu.
aku beri helaian baru,
dengan doa moga moga
pada kesempatan ini...
kita persis yang dulu,
bahkan jauh lebih elok dari seeloknya..

kisah dua tahun terasing tanpa kata,
biar cerita itu jadi sejarah.
tak usah diselak isi nya,
atau diselongkar dalamnya.
kerna..
aku datang dengan aku yang baru.




#fafalia
Andai ini petunjuk Tuhan, maka rasa syukur ini takkan pernah habis.



Saturday, October 17, 2015

bahan bicara orang

mudah kau bisa terima di cerca orang?
di kata hidup kau begitu begini,
yang tidak valid sama sekali.

bisa kau mengalah bila di canang kisah hidup mu?
yang sudah sedia gelap, di gulita kan lagi.
sedang kan kau lagi gigih pegang lilin mu sendiri
untuk terus maju berjalan menuju tuju bahagia mu.
mana ada siapa yang suluh jalan,
melainkan jiwa kau sememangnya yang bercahaya di beri Illahi.

macam mana kebal pun hati,
konkrit mana pun jiwa,
jika kisah hidup kau
di jadi bahan bicara orang,
seolah di cabul kebebasan hidup mu,
di rompak keseronokan mu,
apa kau bisa kata,
"persetankan semua itu!"
tanpa
ada rasa sakit biar secubit pun?

fikir lah, kau bukan tuhan!

Monday, July 27, 2015

A Time - part 1


 " demi masa, sesungguhnya manusia itu benar - benar dalam kerugian.." 
                                           - surah  al ashr

sedetik pun mana pernah Dia hentikan waktu.
apa lagi sedia waran boleh pinjam semula.

tapi tu lah,
manusia.
delay , postponed , waiting 
semua dia ngap!
di hadam dalam kehidupan -- dunia.
sampai lumat, wujud lah term 'regret' 
tersangkut di halaman kamus hidup.
sadis.

untung untung Dia itu sifatnya Maha Pemurah,
lagi lagi Maha Pengasih.
antidote taubat provided for all kind of regrets.
change , alter, adjust 
itu lah peluang yang tiada expired date nya
as long as dunia tak kiamat lagi.

cuma tu lah,
manusia.
alpa, lalai -- sebati.
walau hakikatnya, sedari masa itu suntuk.
namun lebih hakikat nya lagi,
berpura - pura tak peduli
waktu itu ditelan tiada henti.

contoh - contoh nya,
duk lepak dengan kengkawan
tapi nikmat berbicara itu disia - sia.
gajet canggih itu juga jadi pelayan terhebat.
kasihan masa dicampak begitu saja,
walhal, 
mungkin itu adalah pertemuan terakhir.

yang lagi haru,
bila tidur tidak seacuan ikut masa.
siang jadi malam, malam jadi siang.
sedang Dia suluhkan keterangan mentari,
bagi memudahkan para kerdil ini biar
jelas nampak pencarian jalan rezeki.
malah dingin malam pula
bagi keenakan untuk beradu.

aku ni lah manusia,
bila nampak perubahan sana sini,
sedang giat cari cacat celah diri,
cuma yang mampu aku kata kan,
" it's all about time!"



Tuesday, July 21, 2015

We die only Once!



masing - masing orang, masing - masing cara.
detak jantung , sendiri rasa  laju dan pelannya.

setiap kehidupan, ada ceritanya.
singkat atau berjelah jelah, terserah takdir,
ajal maut itu misteri hidup.

semua hati, punya berbagai perasaan,
sedih mahupun bahagia, terletak pada diri sendiri.
mahu senyum dalam tangisan,
atau menangis berpanjangan membuang sisa senyuman.

seluruh cinta, tiada yang tepat definisinya.
dia kata tak semestinya memiliki,
sedang aku, mahu mencintai apa yang aku sah miliki.

keikhlasan, kesetiaan dan kejujuran,
ada yang mendahagakan,
ada yang sibuk mengembaranya,
ada yang traumatik dengannya,
ada yang mensia - siakannya,
salah siapa? 
kualiti hati itu sendiri yang kurang bermutu.

sedang kita gelak sakan di warung berkelas tinggi,
sebalik dapur itu ada yang  gagah berpeluh bancuh coffee sepuluh ringgit segelas 
hanya untuk mencari nafkah hidup.
sedang kita mengeluh dengan rutin hidup yang tidak menguntungkan diri,
disebalik keluhan itu ada mereka yang mahu kita berusaha untuk bayar zakat sendiri,
sedang kita teruja menghabiskan waktu untuk meraih segulung ijazah,
mungkin ada yang bimbang dengan kejauhan kita nanti.
sedang kita sibuk kenal pasti jodoh kita,
walhal izrail tengah gigih mempersiapkan lamarannya.

bukan sekadar hidup ini saja yang hanya sekali,
tapi, 
mati pun cuma sekali.
hidup ini panjang, kalau kita tahu untuk bersyukur dan bersabar.
boleh dikatakan hidup ini singkat, kalau mensia - sia kan waktu.

aku renung untuk diri aku sendiri,
apa yang aku sudah buat selama ini.
apa yang manusia yang telah lakukan pada aku.
apa yang aku bisa ubah? apa mungkin cuma redha?
siapa yang boleh jamin dirinya bahagia tanpa pernah rasa terluka?
dan siapa yang boleh jamin hidupnya berjaya tanpa usaha?












Monday, February 16, 2015

Egois

Egois sang manusia ini banyak dimensi.
Ada yang membuahkan keberuntungan,
dan ada yang menjahanamkan perasaan.
Egois ini subjektif,
ibarat angin. kadang ia jadi kencang,
kala ada yang sepoi sepoi.

Tapi, rata rata nya hasil egois ini memilukan.
kerana rawatan bagi egois ini diremeh temehkan.
Hanya segelintir yang punya daya keupayaan yang utuh untuk tepis ego mereka.
Sebahagian lagi, rela menternak ego kerana prasangka yang tiada ertinya.

Jangan diabaikan rasa ego itu,
adakala egois itu perlu tumbuh untuk menunjukkan kekuatan pada sang lawan.
Namun,
jangan diikat egois itu ketat ketat,
kerana ia mampu mencekik diri lalu memberhentikan nafas kegembiraan.

Perit bukan?
Bila ada terbit rasa sayang, tapi tak mampu untuk diluah.
Kerana apa? Itu, ego!
Pilu bukan?
Setelah ada bibit rindu, tapi dilayukan begitu sahaja.
Kerana apa? Itu, ego!
Kesal bukan?
Tatkala ada kunci untuk buka pintu kemaafan, tapi tak dibuka dengan luas.
Kerana apa? Itu, ego!

Tepis egois dengan membersihkan jiwa.
jangan biarkan ego menguasai keseluruhan.
Egois tak kenal erti waktu, egois tak menilai penghargaan.
jangan kerana ego, kita terlepas sesuatu yang diinginkan.
* Ingatlah, tak semua peluang yang ditawarkan sekarang akan ada ruang untuk didapatkan di esok hari.
Kerana, ajal itu tiada siapa yang bisa jangkakan. Bahkan tiada siapa punya deria yang bisa hidu maut.
Jika keikhlasan itu masih ada, mengapa ego menemani nyawa untuk hidup?
Memaafkan lah selagi ada pada dunia erti kemaafan.
Hayatilah perjuangan rindu selagi ada sayang yang terlekat.
Sebab, takut nanti esok hari, kita hanya fikirkan penghabisan barzakh.

Dan sememangnya lelaki sinonim dengan ego.
Walhal, ego wanita lebih membunuh.
Tapi ego wanita mudah luntur kerana fitrah wanita punya hati yang lembut,
sedang laki laki, ego mereka ibarat api. kadang semakin dipercikkan air, semakin menyala.

Apa lagi perlu dikatakan tentang egois?
Banyak.