Monday, February 16, 2015

Egois

Egois sang manusia ini banyak dimensi.
Ada yang membuahkan keberuntungan,
dan ada yang menjahanamkan perasaan.
Egois ini subjektif,
ibarat angin. kadang ia jadi kencang,
kala ada yang sepoi sepoi.

Tapi, rata rata nya hasil egois ini memilukan.
kerana rawatan bagi egois ini diremeh temehkan.
Hanya segelintir yang punya daya keupayaan yang utuh untuk tepis ego mereka.
Sebahagian lagi, rela menternak ego kerana prasangka yang tiada ertinya.

Jangan diabaikan rasa ego itu,
adakala egois itu perlu tumbuh untuk menunjukkan kekuatan pada sang lawan.
Namun,
jangan diikat egois itu ketat ketat,
kerana ia mampu mencekik diri lalu memberhentikan nafas kegembiraan.

Perit bukan?
Bila ada terbit rasa sayang, tapi tak mampu untuk diluah.
Kerana apa? Itu, ego!
Pilu bukan?
Setelah ada bibit rindu, tapi dilayukan begitu sahaja.
Kerana apa? Itu, ego!
Kesal bukan?
Tatkala ada kunci untuk buka pintu kemaafan, tapi tak dibuka dengan luas.
Kerana apa? Itu, ego!

Tepis egois dengan membersihkan jiwa.
jangan biarkan ego menguasai keseluruhan.
Egois tak kenal erti waktu, egois tak menilai penghargaan.
jangan kerana ego, kita terlepas sesuatu yang diinginkan.
* Ingatlah, tak semua peluang yang ditawarkan sekarang akan ada ruang untuk didapatkan di esok hari.
Kerana, ajal itu tiada siapa yang bisa jangkakan. Bahkan tiada siapa punya deria yang bisa hidu maut.
Jika keikhlasan itu masih ada, mengapa ego menemani nyawa untuk hidup?
Memaafkan lah selagi ada pada dunia erti kemaafan.
Hayatilah perjuangan rindu selagi ada sayang yang terlekat.
Sebab, takut nanti esok hari, kita hanya fikirkan penghabisan barzakh.

Dan sememangnya lelaki sinonim dengan ego.
Walhal, ego wanita lebih membunuh.
Tapi ego wanita mudah luntur kerana fitrah wanita punya hati yang lembut,
sedang laki laki, ego mereka ibarat api. kadang semakin dipercikkan air, semakin menyala.

Apa lagi perlu dikatakan tentang egois?
Banyak.


No comments:

Post a Comment